Wednesday, January 2, 2013

jeans ketat dan jubah putih



aye-aye captain!


   Masuk nih dah 3 post aku jadi draft sebab 'lost'. Jadi aku mengambil keputusan untuk melaksanakan satu misi. Misi yang amat penting. Misi untuk mentarbiyah diri aku agar terus memperbaiki diri aku untuk menjadi umat Islam yang terbaik. Masa 15 hb bulan tu aku tak dapat ikut jemaah halqah (daerah) aku sebab diorang pergi Seri Petaling, untuk diuruskan oleh Syura Malaysia kat sana. 


   Hmm, rasa rugilah. Kalau ikutkan aku nak tangguhkan PLKN nih untuk teruskan 40 hari. Tapi atas faktor luaran dan sedikit faktor dalaman, aku terpaksa akur untuk hanya keluar selama 15 hari sahaja. Ada lah dapat kurang lebih 6 routes. Area JB. Tapi yang best nya aku attach sampai 4 jemaah. Mula-mula dengan jemaah Kuantan, 2 jemaah tempatan dan 1 jemaah yang sepatutnya keluar kat Negeri Sembilan tapi ada masalah dan attach dengan jemaah aku. Jemaah Kuantan tu keluar 30 hari kat Singapore dan habiskan baki 40 hari kat Johor.

   
     Berbalik pada tangguh PLKN tu, masa route pertama, masa tu ada kat markas dan aku dengan 2 orang lagi student masih menunggu orang awam untuk bawa kitorang. Then pagi tu jumpa lah syura Johor. Tanya dia macam mana kitorang punya takazah ni. Dia minta bantuan seorang student kolej untuk hantar kitorang. Sebelum tu, kitorang kena dengar bayan hidayat. Macam tazkirah ringkas atau briefing kepentingan untuk buat usaha ni. 


     Satu cerita yang menarik pasal brother ni adalah masa dia masuk PLKN. Time dia masuk PLKN, dia tak dibenarkan untuk bela jambang+janggut. Jadi yang mujadah nya dia ni ialah dia memang sangat-sangat berpegang teguh untuk tidak buang sunnah Nabi S.A.W. tu. Dia solat hajat, nangis-nangis untuk membela sunnah Rasulullah. Hari ni tak tahu lah air mata ni banyak kita jatuhkan untuk agama ataupun kerana menonton filem wreck-it ralph.



Aha,



saya lah tu. muhasabah




     Jadi dia call abang dia untuk datang berbincang dengan pihak JLKN. Orang JLKN terkejut sebab tengok abang dia rupanya ada jambang yang lagi lebat. Berkat keteguhan dia terhadap pendirian dia tu, orang JLKN pun membenarkan dia untuk berjanggut+berjambang. Sifat macam ini yang susah untuk hadir dalam diri manusia macam kita. Hanya beragama Islam tapi sebenarnya practice nya dah hilang. Hilang dari cara Nabi. Jemaah tabligh bukanlah satu golongan yang lain. 


      Mereka adalah umat Islam yang masih berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah. Siapa kata Islam yang kita lihat hari ini adalah umat Islam yang sebenar? Banyak benda yang kita pandang ringan hari ini. Soal keyakinan kita, soal bagaimana kita menganggap bahawa dunia ini hanyalah satu tempat persinggahan dan segala yang berlaku adalah ujian semata-mata dan masalah yang lebih besar sedang menati di akhirat nanti iaitu kubur, mizan, sirat. Kalau tak pernah terdetik pun bahawa memperjuangkan agama itu suatu yang mustahak, koreksi semula diri sendiri. Macam mana Rasulullah S.A.W. risau tentang umatnya tapi kita tak pernah pun terfikir untuk berkongsi kerisauan yang sama. Amat malang.  



Dari Amr bin ‘Auf radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Demi Allah. Bukanlah kemiskinan yang aku khawatirkan menimpa kalian. Akan tetapi aku khawatir ketika dibukakan kepada kalian dunia sebagaimana telah dibukakan bagi orang-orang sebelum kalian. Kemudian kalian pun berlomba-lomba dalam mendapatkannya sebagaimana orang-orang yang terdahulu itu. Sehingga hal itu membuat kalian menjadi binasa sebagaimana mereka dibinasakan olehnya” 


                                                                                             (HR. Bukhari dan Muslim)


wake up guys! Innallaha ma'ana



    Orang pandai akan kata, 
"Aku pandai sebab aku rajin, aku selalu baca buku." 
    
    Orang kaya selalu kata, 
"Aku kaya sebab perniagaan aku menjadi hasil titik peluh aku."
   
    Orang miskin banyak kata, 
"Aku kena mintak sedekah, kalau tak aku tak dapat makan."

    


       Di atas adalah sebahagian daripada contoh yang kalau dinyatakan semuanya sememangnya banyak. Infiniti. Cehh. Keyakinan manusia pada usahanya, duit, dan teknologi lebih tinggi berbanding keyakinan kepada Allah. Orang yakin, 

"Ouh, kena study jauh-jauh, sampai PhD, barulah dapat hidup senang! Kalau kau tak ada pelajaran macam mana nak dapat kerja, nak sara hidup nanti?" 


        Jadi mana letaknya Allah di hati kita? Siapa yang beri rezeki? Siapa yang tentukan kehidupan kita? Bukan kita! Tapi Allah! Bukan nak cakap tak payah belajar tinggi-tinggi, tak payah usaha. Tapi nak cakap di mana letaknya keyakinan kita? Tak kan sebut nama Allah time nak mintak mudahkan jawab exam je? Malulah kalian jika meletakkan kehidupan ber-Tuhan hanya pada sebahagian hidup kita dan sebahagian yang lain melupakan-Nya.





buang kebesaran makhluk, masukkan kebesaran Allah



   Setiap kali nak makan, cakap "Nasi tak bagi kenyang Allah S.W.T. yang kasi kenyang."
   Setiap kali nak guna duit, cakap "Duit tak boleh kasi manfaat atau mudarat, tapi Allah yang boleh kasi."
   

    Masa itu makhluk. Masa milik Allah. Jangan cakap, "Aku tak ada masa nak buat dakwah, aku sibuk." Kita tak ada hak nak cakap ada masa tak ada masa tanpa meletakkan kebesaran Allah dalam hati. Tiga benda yang ada pada kita tapi bukan milik kita;
 
  1. Harta
  2. Diri
  3. Masa
     Ketiga-tiga benda nih bukan milik kita dan hendaklah kita korbankan untuk agama Allah. Jika tidak, ia akan terkorban untuk benda-benda selain agama Allah. 

     Bayangkan anda minta kerja di sebuah syarikat. Bos di tempat kerja tu cakap , "Awak akan ditawarkan sebuah rumah banglo dilengkapi perabot dan set teater, kereta Aston Martin One-77, tapi semua tu lepas awak habis kerja. Kalau 60 tahun, lepas 60 tahun awak bekerja." Adakah anda akan bekerja di situ?

Sudah tentu tidak.

    Tapi itulah hakikat kehidupan ini, kita hanya mendapat gambaran tentang keindahan syurga yang tak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas dalam fikiran. Tapi pengorbanan yang perlu kita lakukan juga bukan lah sedikit. Kita perlu istiqamah hingga ke akhir hayat.




play your part.


    Tidak berniat untuk meneruskan penulisan. InsyAllah tuan-tuan yang mulia, bantu agama Allah, dan Allah akan permudahkan segala urusan. Orang beriman apabila diuji dengan musibah, sabar. Apabila mendapat nikmat mereka bersyukur. Dalam apa keadaan mereka mendapat keuntungan. Buang keyakinan makhluk, masukkan keyakinan Allah S.W.T.








LAHAULAWALA QUWWATAILLAH BILLAH










 


  


     






  

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...