Wednesday, August 22, 2012

Rothschild?

Jom!

Ya! Kami setuju. (err, ye ke?)
Memperkenalkan Mempersembahkan karya kreatif (dua gambar di atas) hasil usaha dan titik peluh semasa di rumah selepas berjam-jam lamanya melakukan kajian dan penyelidikan yang berasaskan teori konspirasi rothschild dan anak-anaknya setelah habis membaca beberapa helaian yang membawa aku kepada satu dunia yang penuh dengan penipuan, kekejaman,durjana, dan sikap tamak yang tidak berkesudahan.  

Baru beli semalam kat Teluk Intan
Banyak sangat perkara yang cuba diberi pencerahan dan sememangnya tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh mana kesahihanya kerana ia menolak segala fakta-fakta yang sedia ada oleh tokoh lain dengan mengatakan mereka dikaburkan dengan tipu muslihat si dalang.
Aku terjumpa pendapat blogger ni, dan aku suka ayat dia bila dia tulis: 

Sebaik sahaja habis membaca, saya pasti anda sendiri pasti tertanya – jika semuanya di bawah rancangan Rothschild, maka apakah yang benar di dunia ini? Nampaknya kita perlu meragui semua orang di sekeliling kita; hatta ibu bapa, adik beradik, guru, saudara mara, kawan, kenalan FB, pengikut twitter, bos, rakan sekerja atau siapa sahaja.
                                                   

Susah betul nak percaya. Tapi 'abstruse'lah. Kalau lah semua benda tu betul, apa tindakan selanjutnya? Apa yang boleh kita buat? Hurm. Mumgkin kena teruskan pembacaan sampai habis untuk tahu keseluruhannya.
Gila jugak kerja-kerja diorang ni. Perancangan begitu teliti dan nampak macam semua berlaku mengikut kehendak mereka. Tapi, walau apapun, Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Perkasa.
Wallahualam. 


Tuesday, August 21, 2012

Raya or Trial?

Both!
Yeah, right.
First 3/4 days for raya, and the next balance day is for revision.
                                                                                         
Raya vs. Study










Simple.
But not easy as writing.
Good luck for trial. Do maximum efforts and tawakaltualallah.
Insyallah. What will happen in future is the best for us.

Friday, August 17, 2012

29th night of Ramadan



1 night = 1000 nights !


         Jom kejar pahala yang Allah S.W.T. kasi khas untuk ummat Nabi Muhammad S.A.W. ! Satu malam beribadat bersamaan seribu malam. Besar kot! Betapa beruntungnya kita menjadi ummat Rasulullah S.A.W. Walaupun begitu, semua bergantung pada rahmat Allah S.W.T. Hanya orang yang benar-benar ikhlas beribadat akan mendapat pahala yang besar. Ulama mengumpamakan bahawa ikhlas itu seperti semut hitam atas batu hitam pada malam yang gelap. Memang susah nak nampak tapi ia wujud. Renungkan dan selamat beramal!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...