Thursday, December 13, 2012

Lupa satu keperluan v.0.1 (unplugged)





ffuuuwww!


   


 Huh?





bos okeeeaay???



   Tak berapa sangat lah. Tengah nak siapkan post baru. Dah separuh siap. Tapi tiba macam hilang idea nak sambung. Kau ada idea tak?




ni ke bos?


       Hahahah. Kau nak makan penumbok apa? Mana punya idea yang kau amek nih?


nampak nih?


     

      Kasi lah idea bernas sikit. Tak membantu langsung.



cuba bos dengar lagu diorang ni, kot2 dapat idea ke


         

      Juan Direction? Burrito? Hahaha, diorang ni rancangan Master Chief apa.





haha! best-best!


       Siapa pulak ni. Tetibe menyampuk lak.




tak pun, tengok movie ni, baru keluar




      Dah dah, kang tak siap gak post aku tu.






hmm, I love Malaysia.



       Hmmm? Dah lambat nih. Kena settle kan cepat. 





sky is the limit.




    Seronok kan tengok langit? Yeah, Langit Ilahi.










END OF [unplugged] POST
       
                   



         

   
              






   







     





      

Monday, December 10, 2012

usaha dakwah

satu hati, satu ummah

     Selepas menunaikan solat Isyak di Masjid At-Taqwa, masjid kat perumahan aku, secara tak semena-menanya seorang hamba Allah ni tegur aku, "eh, kau nak keluar 40 kan?". Huh? Tak pernah jumpa pun hamba Allah tu, tiba-tiba cakap ngan aku nak keluar 40 hari ke? Aku pun secara spontan menjawab "Haa, boleh jugak". Keluar 40 hari ni sebenarnya sinonim dengan kumpulan tabligh. Apa yang aku tahu diorang akan singgah kat mana-mana masjid, pastu buat amalan-amalan kat masjid tu. Orang tadi pun tanya aku, "kau nak keluar mana? Philipine? Indonesia? Thailand? Aku pun cakap tak kisah mana-mana. "Dah pernah keluar?". "Belum" "Kau kena keluar dulu, paling kurang 3 hari." Aku pun iyakan sahaja dan kami terus berbual tentang perkara tersebut.

      Jadi sejak perbualan tu, aku telah mengenal dengan lebih dekat apa itu kumpulan tabligh ni. Pernah juga terfikir nak join diorang tapi tak sangka pula secara mengejut macam tu. First time nak keluar tu rasa agak berat la sebab kena tinggal fb,blog twitter, haha. Tapi aku try gak ikut diorang. Not bad la. Aku boleh jumpa macam-macam jenis manusia dalam tabligh tu. Okey kot daripada aku terperap dalam rumah. 

      Padahal aku dah nekad dah, hari ahad ni, aku nak keluar nak tengok cerita Wreck-It Ralph. Haha, tak jadik. Takpelah. Pasal tabligh ni, apa yang menariknya they really person. Walaupun aku baru stay satu hari je start hari sabtu tu, tapi aku rasa diorang macam member. Very kind. Even background berbeza, tapi Islam  menyebabkan kita semua saudara yang wajib untuk menyayangi antara satu dengan yang lain. 

     Banyak benda yang aku belajar daripada diorang walaupun dua hari je. Termasuk gak istilah pelik-pelik yang memang tak pernah dengar pun sebelum ni macam gash,tasyqil,rahaba,tafakkul, dan banyak lagi istilah pelik-pelik. Aku pun cuba fahamkan secara perbualan diorang je. Tapi ada gak yang aku tanya. Selain tu, yang seronoknya, makan tak pernah miss. Makan dalam dulang. Makan kat kenduri kahwin. Pergh kenyang habis. Tu cerita pasal makan. Tapi yang penting sebnarnya aku dah jumpa orang yang sepatutnya dapat membimbing aku untuk dekat dengan Allah.

     Setiap masa, cerita tentang agama. Even masa sabtu malam tu, semua orang dah tidur prepare utnuk qiam esok, sorang pakcik tabligh ni ,pakcik Rahman, cerita sampai baring-baring pasal agama. Wah! Aku pun dengar je lah dengan taat. Kadang benda simple je, pasal kebesaran Allah, adab-adab, masalah hati, fikir risau umat, tapi semua tu benda penting buat diorang dan amat memberi kesan kat hati. Allahu akhbar! Aku betul-betul rasa macam menjumpai semula cara Islam yang sebenar dan rasa macam hidup pada zaman sahabat ,zaman Rasulullah S.A.W. 





ya, that's called consisten





      Istiqamah. Tu lah cabaran paling besar dalam usaha nih. Sebab manusia ni senang lupa, bosan, leka. Jadi sebab tu diorang galakkan untuk keluar lagi lepas ni. Mungkin 10 hari, 40 hari, 4 bulan pulak. Sebab apa Rasulullah S.A.W anjurkan untuk kita bahagikan dunia kita, sepuluh peratus je untuk agama, tak termasuk ibadat fardhu la. Jadi usaha sedemikian boleh dijadikan sebagai satu landasan. 

     Insha Allah, aku akan keluar lagi, sementara cuti nih. Cuma tak cukup 40 hari sebab ada panggilan PLKN. Papepun, bergaul dengan diorang memang awesomensess! 



yeah!







demi bangsa dan negara! haha,






      Ya! Siap sedia untuk botak dan aku sememangnya anti mende alah tajam yang memendekkan rambut aku. Argghhh! Ya Allah, harap-harap rambut aku ni bila diorang nak gunting, gunting tu tumpul, ataupun rambut aku ni dapat tumbuh dengan cepat sebelum bulan tiga nanti, cutting-resistant pun okey gak. Amin.






filem terbaik tahun ni!

     
      Lepas aku rehatkan penulisan post, iaitu pada pukul 12:30 tengahari tadi, aku nekad nak pergi jugak tengok citer ni. Sorang-sorang pun sorang lah. Sebab esok dah kena keluar. Kalau boleh nak letak full movie kat sini. Memang superb citer dia! Subhanallah, aku tak dapat bayangkan kalau kat syurga nanti macam mana suasana gembira yang lebih gembira daripada ni.

     Budak perempuan comel tu, Vanellope Von Schweetz, yang besar tu Ralph. Dua watak ni jadi protagonis citer ni. Aku suka sangat budak kecik tu sebab dia memang comel, suara dan perangai memang stylo+cool+alter ego, haha. Ralph tu sebnarnya villain, tapi nak jadi baik sebab dah bosan kena pulau. Jadi dia usaha untuk tunjukkan yang dia boleh jadi baik walaupun dia dicipta untuk memusnahkan. Sepanjang perjalan tu lah banyak scene-scene best. Nak tahu lebih lanjut kena tengoklah sendiri.

"They will like you, because you adorable!"




yes, the new jack-jack!


    *mana-mana muslimin dan mukminin boleh lah join jemaah di kawasan berhampiran.


Satu hadis Rasulullah  SAW ada sebut, "Aku amat merindui saudara-saudaraku," Sahabat bertanya, "Adakah kami ini bukan saudara mu wahai Rasulullah?" baginda menjawab,"Kalian adalah sahabat ku, manakala saudaraku adalah umat ku yang hidup di akhir zaman dan mengHIDUPkan sunnah ku, walaupun mereka tidak melihat aku."



         





END OF POST



       




       




















Wednesday, December 5, 2012

tribute

abang CEO

Jadi, telah genap post yang ke-10. (except for U.C. post)
Satu pencapaian yang membanggakan buat beliau.
Banyak kenangan, suka duka bersamanya dalam membangunkan syarikat ni.
Namun, 
beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan kehidupan baru.

tipuuuuuuuuuooouuhh!!!!!!!!


Sememangnya sukar untuk digambarkan. Kesedihan yang dialami oleh semua pekerja yang telah lama berkhidmat untuk beliau. Sedih yang amat sangat!


nak keje apa lepas ni?


Tidak kurang juga yang bakal kehilangan sumber pencarian mereka.
Namun, inilah realitinya.
Komon lah. Don't give up. Hidup mesti diteruskan apa. 
Thats not means you can't survive after this.




yeah! let's move on!



Haah. 
Macam tulah.

Abehtu, saper nak ganti tempat bos?!


Rileks,
Beliau dah cari pengganti yang sesuai.


Ni dia,

Hai!

Dan pihak atasan turut menyatakan persetujuan mereka.


Hurm....


Huh?

Awak pasti ke tu?




Absolutely, encik president.
Kami juga dah membuat M.O.U dengan pemimpin-pemimpin dunia.




JapanToday.com


Ini bagi memastikan kesinambungan legasi beliau 
akan tetap berterusan dan dapat diuruskan dengan baik.


yeay!!


Walaupapepun, 
Thanks a lot abang CEO!
Jasamu akan tetap kami kenang.
Selama,lama

lama,


lama,


lamanya.


Kejaaaapppp!




Apa lagi?



Ni, ada hadiah untuk bos.






Huh? tu yang paling latest kan?

Eheh.






thanks abang CEO!



*jangan segan-segan kalau nak print gambar abang CEO.
  Digalakkan print dalam saiz A3 supaya nampak effect 3D nya.






END OF POST























 


















Monday, December 3, 2012

Steve Jobs & Al-Mawlid

rakan bilik.

adik-adik homeroom.

CEO


&







Steve Jobs
Ini bukan cerita sedih mengenai pelajar pasca-SPM yang merindui teman-temannya mahupun apresiasi perasaan setelah berjaya menamatkan zaman persekolahan. Tetapi ini adalah kisah inspirasi daripada penyampai terhebat di pentas dunia.


ya, ini dia.
Buku ni baru beli masa pergi Kotaraya. Masa tu ada event.

this.
Jadi kamus kat sebelah tu adalah sebagai guideline sebab ada juga perkataan yang akan membuatkan kening berkerut secara mendadak setelah membacanya.
Ditulis oleh Carmine Gallo, kolumnis kat Businessweek.com. Tapi boleh dikatakan juga penulis ini banyak menceritakan ketaksubannya terhadap Steve Jobs. Selain tu ada gak beberapa tokoh lain yang turut diselitkan dalam buku ni seperti Howard  Schultz, CEO Starbucks, Richard Tail, founder Cranium, Herb Kelleher, CEO syarikat penerbangan Southwest Airlines.
Pada siapa yang turut mengenang jasa Steve, bolehlah appreciate kat, 
                                                      
http://www.apple.com/stevejobs/





"Kita diberitahu supaya ingat pada idea,
bukan pada manusia,
 kerana dia boleh gagal,
dia boleh ditangkap, dibunuh dan dilupakan.
Tapi,
400 tahun kemudian,
idea mampu mengubah dunia."  






Sungguh hebat pujangga. Boleh tengok versi asal kat sini.

tapi lagi best tengok yang Aris punya.







Dan agenda seterusnya,


Al Mawlid

Mereka ni telah berjaya membawa perubahan mahupun memeriahkan industri seni tanah air dengan lagu berunsur keTuhanan dengan irama yang cukup indah. Allahu Akhbar! Syukran buat kalian (sebenarnya nak tulis tahniah tapi dah lupa apa). Suggested to someones that loves korean and greyson. This is better dude!
Haha, harapan buat Al-Mawlid agar terus maju dengan usaha dakwah mereka. Kalau nak cari pewaris bolehlah contact saya.

                                                       

Paling best.







END OF BLOG 












Under Construction

yeah!
More surprise in the becoming post!

Wednesday, August 22, 2012

Rothschild?

Jom!

Ya! Kami setuju. (err, ye ke?)
Memperkenalkan Mempersembahkan karya kreatif (dua gambar di atas) hasil usaha dan titik peluh semasa di rumah selepas berjam-jam lamanya melakukan kajian dan penyelidikan yang berasaskan teori konspirasi rothschild dan anak-anaknya setelah habis membaca beberapa helaian yang membawa aku kepada satu dunia yang penuh dengan penipuan, kekejaman,durjana, dan sikap tamak yang tidak berkesudahan.  

Baru beli semalam kat Teluk Intan
Banyak sangat perkara yang cuba diberi pencerahan dan sememangnya tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh mana kesahihanya kerana ia menolak segala fakta-fakta yang sedia ada oleh tokoh lain dengan mengatakan mereka dikaburkan dengan tipu muslihat si dalang.
Aku terjumpa pendapat blogger ni, dan aku suka ayat dia bila dia tulis: 

Sebaik sahaja habis membaca, saya pasti anda sendiri pasti tertanya – jika semuanya di bawah rancangan Rothschild, maka apakah yang benar di dunia ini? Nampaknya kita perlu meragui semua orang di sekeliling kita; hatta ibu bapa, adik beradik, guru, saudara mara, kawan, kenalan FB, pengikut twitter, bos, rakan sekerja atau siapa sahaja.
                                                   

Susah betul nak percaya. Tapi 'abstruse'lah. Kalau lah semua benda tu betul, apa tindakan selanjutnya? Apa yang boleh kita buat? Hurm. Mumgkin kena teruskan pembacaan sampai habis untuk tahu keseluruhannya.
Gila jugak kerja-kerja diorang ni. Perancangan begitu teliti dan nampak macam semua berlaku mengikut kehendak mereka. Tapi, walau apapun, Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Perkasa.
Wallahualam. 


Tuesday, August 21, 2012

Raya or Trial?

Both!
Yeah, right.
First 3/4 days for raya, and the next balance day is for revision.
                                                                                         
Raya vs. Study










Simple.
But not easy as writing.
Good luck for trial. Do maximum efforts and tawakaltualallah.
Insyallah. What will happen in future is the best for us.

Friday, August 17, 2012

29th night of Ramadan



1 night = 1000 nights !


         Jom kejar pahala yang Allah S.W.T. kasi khas untuk ummat Nabi Muhammad S.A.W. ! Satu malam beribadat bersamaan seribu malam. Besar kot! Betapa beruntungnya kita menjadi ummat Rasulullah S.A.W. Walaupun begitu, semua bergantung pada rahmat Allah S.W.T. Hanya orang yang benar-benar ikhlas beribadat akan mendapat pahala yang besar. Ulama mengumpamakan bahawa ikhlas itu seperti semut hitam atas batu hitam pada malam yang gelap. Memang susah nak nampak tapi ia wujud. Renungkan dan selamat beramal!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...